fbpx

Najib disiasat kerana langgar SOP PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Najib bersama beberapa individu terus memasuki restoran tersebut tanpa membuat imbasan suhu badan dan mendaftar aplikasi MySejahtera.

PETALING JAYA – Polis akan memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi keterangan berhubung pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Restoran Nasi Ayam Hainam Chee Meng, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi , Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, bekas Perdana Menteri itu akan dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Bukan sahaja Najib bahkan kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan terhadap Najib akan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 1 minit 39 saat memaparkan bekas Perdana Menteri itu tiba di restoran tersebut disambut beberapa rakan seperjuangan politik dan juga dipercayai pemilik restoran.

Dia kemudiannya terus dibawa masuk ke restoran itu tanpa membuat imbasan suhu badan dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan terus duduk di meja makan.

Sementara itu, Najib menerusi laman sosial Facebooknya mengakui kekhilafannya tidak melakukan imbasan suhu badan dan mendaftar aplikasi MySejahtera ketika memasuki restoran terbabit.

Menurut Najib, beliau mengaku kesilapannya kerana tidak membuat imbasan suhu badan dan mendaftar aplikasi MySejahtera walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian.

“Kebiasaannya, saya mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakan saya. Aturan telah dibuat pada hari itu yang mana saya telah dibawa masuk terus ke restoran setibanya di sana.

“Saya sudah minta pihak berkuasa keluarkan saman terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini dan saya akan bayar secara sukarela sebelum tempoh tujuh hari untuk mendapatkan diskaun 50 peratus sempena ‘early bird’ iaitu denda RM750,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI