KUALA LANGAT – Perselisihan faham kerana merokok menjadi punca pergaduhan di sebuah restoran di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan mengenai kejadian itu, kira-kira pukul 2.07 pagi, Rabu lalu.
Jelasnya, siasatan awal mendapati insiden itu berpunca perselisihan faham antara dua pihak di premis berkenaan .
“Salah seorang daripada mereka ditegur kerana merokok di kawasan tersebut. Pertikaian itu kemudian bertukar pergaduhan dan berlaku perbuatan saling memukul antara satu sama lain,” katanya hari ini..
Tambah Mohd. Akmalrizal, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE














