fbpx

Pengurus telco dipenjara sebulan, denda RM61,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazman dipenjara sebulan dan denda RM61,000 kerana membocorkan maklumat dan nombor pelanggan prabayar sebuah syarikat telekomunikasi.

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus pemprosesan pembayaran, perancangan peranti dan pemenuhan sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di negara ini terduduk selepas dikenakan penjara selama sebulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman tersebut selepas Norazman Mohd. Nor, 50, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM10,200 bagi membocor maklumat dan nombor pelanggan prabayar, di antara 2017 hingga 2019.

Bapa kepada dua orang anak itu juga diperintah membayar denda keseluruhan RM61,000 dan berdepan penjara tambahan selama 14 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Berdasarkan hukuman penjara, Norazman dijatuhi penjara sebulan bagi setiap pertuduhan bagaimanapun kesemuanya berjalan serentak.

Rozilah dalam penghakimannya berharap tertuduh insaf dan berazam tidak mengulangi jenayah itu (rasuah).

“You can stop it (anda boleh hentikan). Ada pilihan untuk tolak (rasuah),” tegasnya.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, Norazman didakwa menerima suapan sebanyak RM10,200 daripada seorang individu berusia 45 tahun secara pindahan wang atas talian dari sebuah akaun bank sebagai upah memberikan maklumat dan nombor-nombor pelanggan prabayar sebuah syarikat telekomunikasi kepada dua individu.

Kesalahan itu dilakukan di dua buah bank di Petaling Jaya bermula 24 Mei 2017 hingga 7 Februari 2019.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Sementara itu, Norazman yang mengaku tidak bersalah atas 24 pertuduhan menerima suapan sebanyak RM304,989.4 termasuk dalam bentuk dua keping cek di antara 14 Mei 2014 hingga 11 September 2020, bagaimanapun dibebas dan dilepaskan oleh pihak Mahkamah. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI