fbpx

Honda Jazz klon paling banyak disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanif Yusabra memeriksa bahagian casis sebuah kereta klon yang disita dalam Operasi Kenderaan Klon JPJ di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita lapan buah kereta klon pelbagai jenis dalam tempoh tiga bulan sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusoff berkata, hari ini sahaja, JPJ berjaya menyita tiga buah kereta klon jenis Mini Cooper, Nissan Sunny dan Perodua Kelisa dalam tiga pemeriksaan di kawasan berasingan selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

Katanya, dalam tempoh tiga bulan ini, kereta Honda Jazz klon paling banyak disita selain daripada kenderaan import dari Jepun yang lain.

Ujarnya, kereta Honda Jazz mendapat permintaan tinggi terutamanya golongan orang muda yang berusia antara 25 hingga 45 tahun yang membelinya dengan pada RM10,000 berbanding harga asal RM85,000.

“Kereta-kereta klon terutamanya, Honda Jazz dijual pada harga RM5,000 hingga RM10,000.

“Pemilik kereta klon juga dilihat semakin berani mengiklankan kereta untuk dijual melalui media sosial sejak kebelakangan ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Hanif Yusabra, kebanyakan pemilik cuba menafikan pemilikan kereta klon bagi mengelakkan daripada disita. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI