fbpx

Gergasi Merah selesa sebagai pasukan underdog

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Selangor cukup bersemangat untuk memberi tentangan sengit ke atas skuad Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

PASUKAN Selangor FC lebih selesa dilabel sebagai underdog menjelang pertemuan getir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Pengurus skuad Gergasi Merah, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, motivasi barisan pemain Gergasi Merah untuk bersaing dengan skuad Harimau Selatan cukup baik tetapi pada masa sama tidak boleh terlalu yakin memandangkan lawan cukup kebal di laman sendiri.

“Persediaan pasukan untuk bertemu JDT sangat memberangsangkan dengan barisan pemain cukup bersemangat memberi tentangan sengit ke atas skuad Harimau Selatan yang seme­mangnya ada kelas tersendiri.

“Justeru, saya anggap Selangor lebih selesa untuk digelar sebagai underdog tetapi tidak mahu ia menjadi penghalang pasukan untuk mencuri mata berharga dan saya pasti ketua jurulatih (Karsten Neitzel) ada ramuan terbaik.

“Kekalahan kepada JDT pada saingan Liga Super musim lepas harus dilupakan dan menjadi pengajaran agar pemain tampil lebih fokus tidak kira ketika menyerang atau bertahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, JDT merekodkan kemenangan bergaya ke atas skuad Gergasi Merah 6-1 pada saingan Liga Super musim lepas sehingga menyaksikan khidmat ketua jurulatih pasukan sebelum ini, B. Sathiananthan dipecat.

Sementara itu, kapten skuad Selangor, Brendan Gan mahu rakan-rakan sepasukan sentiasa positif meskipun keputusan dicatat pada dua aksi liga bertemu Terengganu FC (TFC) dan Kuala Lumpur City (KL City) sebelum ini tidak memuaskan.

“Kami akan terus positif dan tidak akan berpuas hati dengan prestasi semasa. Pasukan perlu bekerja keras kerana cabaran seterusnya (menentang JDT) bakal memberi cabaran tinggi,” kata Brendan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI