fbpx
Pegawai penguat kuasa MPKL menunjukkan notis penutupan terhadap bengkel membaiki kenderaan. GAMBAR HIASAN

Bengkel kereta buang minyak hitam diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Kedegilan seorang pemilik bengkel membaiki kenderaan di Taman Banting Baru di sini yang tidak menjaga kebersihan termasuk membuang minyak hitam ke dalam longkang membawa padah apabila premis tersebut diarah tutup serta-merta semalam.

Arahan penutupan itu hasil pemeriksaan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) pukul 12 tengah hari terhadap bengkel diusahakan pemilik berusia 40an sejak tiga tahun lalu.

Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL, Hishamuddin Ismail berkata, tahap kebersihan premis itu sebelum ini sering mendapat aduan malah telah diberikan 14 notis kesalahan daripada pihak kami.

Longkang yang dipenuhi minyak hitam yang tertumpah dari tong di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Taman Banting Baru, Kuala Langat.

Katanya, setakat ini kesemua notis kesalahan belum dijelaskan pemilik bengkel.

“Premis itu dibiarkan dalam keadaan kotor dan kelihatan tumpahan minyak hitam di dalam longkang.

“Justeru, pemilk bengkel tersebut didapati tidak mengikuti arahan dan syarat-syarat lesen dan diarah tutup,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Udang-Undang Kecil 43(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007

“Premis diarah tutup sehingga pemilik bengkel mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh MPKL,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR