fbpx

PATI naik bot nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI Indonesia yang ditahan PGA Batalion 4, semalam.

KLANG – Perjalanan lapan pendatang asing tanpa izin ( PATI ) warga Indonesia selama dua hari dipercayai menaiki bot nelayan bagi memasuki negara ini secara haram ternyata sia-sia selepas ditahan di Jalan Ban, Kampung Tok Muda, Kapar di sini semalam.

Ini berikutan kesiapsiagaan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berjaya menangkap kesemua mereka termasuk dua wanita berusia 22 hingga 55 tahun itu pukul 8.30 pagi menerusi Ops Benteng.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mereka memasuki negara ini menggunakan bot nelayan dari Tanjung Balai Indonesia sebelum mendarat di pesisir pantai Kampung Tok Muda.

Katanya, siasatan lanjut mendapati tempoh perjalanan mereka mengambil masa selama dua hari dengan bertolak pukul 2 pagi Isnin lalu sebelum tiba di negara ini pukul 4 pagi semalam.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil siasatan lanjut mendapati mereka membayar antara RM500 hingga RM2,000 setiap seorang kepada tekong darat Indonesia untuk menyusup masuk ke negara ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, sindiket penyeludupan PATI didapati telah menukar lokasi pendaratan bermula penghujung tahun lalu di kawasan Klang dan Kapar.

Rizal menegaskan, mereka sebelum ini didaratkan di sekitar Morib hingga Bagan Lalang di Kuala Langat.

“Kesemua suspek telah dibawa ke Balai Polis Kapar dan kes disiasat mengikut Seksyen Akta Imigresen 1959/63,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI