fbpx

Asrama penginapan pekerja asing curi bekalan air terawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SPAN di sebuah asrama penginapan pekerja asing di Kuala Lumpur hari ini.

CYBERJAYA – Sebuah asrama penginapan pekerja asing di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas didapati melakukan sambungan air secara tidak sah.

SPAN menerusi kenyataan hari ini berkata, operasi itu dilakukan selepas menerima aduan daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

Menurutnya, premis yang diserbu merupakan sebuah asrama penginapan pekerja projek pembinaan fasiliti pengangkutan yang dihuni hampir 800 orang.

“SPAN mendapati premis berkenaan telah mendapatkan bekalan air melalui satu meter air yang tidak sah.

“Setelah disemak, meter air berkenaan tiada dalam rekod Air Selangor bagi premis asrama penginapan pekerja,” ujarnya.

Katanya, semakan lanjut turut mendapati meter air itu telah dinyahtauliahkan dan berasal dari lokasi tapak pembinaan yang lain.

“Kita dapati hasil ujian klorin di premis itu mengesahkan bahawa bekalan air yang diterima adalah air terawat,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kes itu disiasat mengikut peruntukan Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang mana siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak SPAN. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI