fbpx

Abai SJR, ketua polis negeri kena tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan diambil ke atas ketua polis negeri sekiranya terdapat anggota polis mengabaikan tanggungjawab ketika menjalankan tugas di sekatan jalan raya (SJR).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai anggota mengabaikan tugas termasuk mengambil mudah tanggungjawab mereka dalam melakukan kawalan di setiap SJR dan sempadan setiap negeri.

“Saya sudah mengeluarkan arahan kepada semua ketua polis negeri di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi mengetatkan kawalan di setiap SJR.

“Pemeriksaan SJR terhadap kenderaan akan dilakukan dengan lebih tegas dan semaksimum yang boleh bagi mengelakkan sebarang percubaan rentas negeri mengikuti lorong-lorong tikus termasuk di Lebuh Raya Utara Selatan dan Timur Barat sempadan negeri,” katanya ketika sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya telah mengarahkan ketua polis negeri menghantar pegawai tinggi termasuk pegawai dari Bukit Aman untuk turun padang dan memerhati SJR bagi memastikan kawalan dilakukan sebaik mungkin.

“Berdasarkan pemerhatian, ada anggota di lapangan duduk di khemah rehat dalam sekatan jalan raya sehingga membiarkan kenderaan lalu begitu sahaja dan melambai tangan tanpa mengambil serius keadaan semasa.

“Waktu untuk menunaikan solat dan berehat diizinkan secara bergilir namun ketika waktu puncak dan sesak, semua anggota harus turun mengawal keselamatan bagi mempercepatkan aliran trafik bukan sampai goyang kaki lambai tangan setiap masa,” ujarnya.

Tambah Abdul Hamid, pihaknya tidak mahu PDRM dipersalahkan sekiranya wujud kluster baru akibat tindakan anggota yang mengabaikan tanggungjawab ketika SJR yang dilakukan.

“Saya sudah memberi amaran kepada pegawai supaya meningkatkan kawalan semaksimum yang boleh bermula hari ini kerana terdapat kemungkinan berlaku pergerakan merentas negeri dalam minggu ini.

“Saya tidak malu untuk mendedahkan kelemahan ini kerana saya amat menghargai khidmat gigih agensi lain yang turut membantu ketika SJR seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela dan Angkatan Pertahanan Awam,” jelasnya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI