fbpx

27 maut bas jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) berusaha mengeluarkan mangsa di dalam bas tersebut di Sumedang, Jawa Barat semalam. - AFP

JAKARTA – Seramai 27 individu termasuk pelajar sekolah menengah maut setelah bas dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Sumedang, Jawa Barat semalam, lapor pihak berkuasa.

Para penyelamat bekerja sepanjang malam menggunakan kren untuk mengeluarkan mangsa yang terselamat dari bas tersebut.

Menurut pihak berkuasa, bas yang membawa 66 orang penumpang itu dipandu dalam cuaca tidak baik serta bergerak melalui sebatang jalan yang gelap sebelum ia terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter.

Pemandu dan pelajar sekolah merupakan antara mangsa yang maut, sementara 39 yang lain terselamat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI