fbpx

Wan Sharmila beri amaran akaun IG palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKAUN palsu yang menggunakan nama dan gambar profil Wan Sharmila dalam Instagram.

PETALING JAYA – Pelakon Wan Sharmila memohon pengikut Instagramnya supaya tidak tertipu dengan kewujudan sebuah akaun palsu yang menggunakan nama dan identitinya.

Menerusi satu perkongsian terbaharu, pelakon yang mesra disapa Lala itu memuat naik tangkap layar akaun tersebut yang menggunakan nama akaun dan gambar profil serupa seperti akaun aslinya.

“Salam semua. Saya nak minta tolong. Akaun Instagram ini ialah scammer. Tolong buat aduan dan sekat. Terima kasih,” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Dalam InstaStorynya juga, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu turut memberi peringatan kepada pengikutnya supaya tidak tertipu dengan akaun palsu tersebut.

“Tolong buat aduan dan sekat Instagram yang tidak sepatutnya ini. Beza antara akaun tersebut dengan milik saya yang asli ialah, dia menambah satu huruf A di belakangnya menjadi @lala.wansharmilaa. Sedangkan saya cuma ada satu A, @lala.wansharmila.

“Malah akaun saya ada tanda verifikasi berwarna biru. Individu tersebut membuatkan sesetengah pengikut Instagram saya mengikuti akaunnya. Jadi tolong ya,” ujarnya.

Akaun rasmi Lala mempunyai lebih 1.5 juta pengikut, sedangkan kewujudan akaun palsu berkenaan cuma mempunyai dua orang pengikut.

Tinjauan Kosmo! Online bagaimanapun mendapati berkenaan telah pun dipadamkan selepas ramai pengikut pelakon itu bertindak membuat aduan dan menyekatnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI