fbpx

Bazar Ramadan, Aidilfitri mungkin dibenarkan di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Selepas setahun ‘menyepi’, penganjuran bazar Ramadan dan Aidilfitri dijangka mungkin dibenarkan beroperasi di Kuala Lumpur pada pertengahan April depan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu sedang dibincangkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk cadangan SOP kepada Jawatankuasa Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dan dimuktamadkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membuat persiapan ke arah itu seperti menentukan lokasi dan mengenal pasti peniaga yang terlibat termasuk melakukan pengubahsuaian gerai bagi memastikan ada penjarakan antara gerai.

“Secara umumnya MKN sudah mula beri kebenaran dan melonggarkan sektor tertentu bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan.

“Secara prinsipnya kita sedang membuat persiapan untuk membenarkan bazar Ramadan dan Bazaria Aidlfitri, cuma tunggu kelulusan muktamad daripada MKN terutama SOP yang dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya di sini hari ini.

Annuar berkata, pihak DBKL juga sedang menilai lokasi sama ada mengekalkan tapak asal di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau mencari lokasi bersesuaian.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan memastikan ruang niaga lebih baik untuk membantu para peniaga menjana pendapatan masing-masing.

“Kita tengok satu atau dua hari lagi ada dua pandangan tentang tapak lama di Jalan Tuanku Abdul Rahman tetapi tempat itu telah dinaik taraf dengan adanya penanaman pokok. Jadi kalau pindah situ takut rosak. Kita sedang kaji perkara ini.

“Bagaimanapun kita mahu supaya peniaga dapat menjana pendapatan lebih baik. Kadang-kadang tempat elok belum tentu maju berniaga,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI