fbpx

MH370: ‘Saya doakan berlaku keajaiban’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Azri menunjukkan gambar Fariq semasa tahun satu ketika ditemui di rumahnya di bandar Segamat, Johor semalam.

SEGAMAT – Setiap kali tanggal 8 Mac, ingatan Mohamad Azri Zakaria masih utuh terhadap arwah sahabatnya, Fariq Abdul Hamid, 27, iaitu pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang terbabit dalam nahas pada 2014.

Mohamad Azri, 34, yang merupakan rakan sekelas Fariq sejak tahun satu di Sekolah Kebangsaan Temenggung Abdul Rahman, Segamat di sini menyifatkan kehilangan rakannya tujuh tahun lalu itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.

“Pada 8 Mac 2014, semasa melayari laman Facebook, saya ternampak berita mengenai pesawat MH370 yang dilaporkan hilang tanpa dikesan radar. Saya melihat satu persatu nama mangsa dan terkejut nampak nama Fariq,” katanya ketika ditemui semalam.

Cerita Mohamad Azri, semasa darjah tiga, Fariq mengikut keluarganya berpindah ke tempat lain dan mereka bertemu semula semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka sebelum lelaki itu melanjutkan pelajaran ke kolej penerbangan.

Menurut jurutera projek sebuah syarikat pengangkutan di ibu negara itu, kali terakhir mereka­ bertemu adalah pada 2011 di Shah Alam

“Walaupun sudah tujuh tahun peristiwa ini berlalu, saya sentiasa mendoakan agar keajaiban berlaku untuk Fariq dan kru-kru serta penumpang yang lain.

“Saya berharap kerajaan Malaysia dapat membuat sesuatu termasuk meneruskan penca­rian walaupun insiden ini sudah tujuh tahun berlalu.

“Dalam zaman yang serba canggih ini, agak mustahil untuk rakyat Malaysia menerima be­rita bahawa MH370 tidak dapat dijumpai, walaupun dikatakan ia berakhir di Lautan Hindi,” ­katanya.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ke Beijing, China dengan membawa seramai 227 penumpang dan 12 anak ­kapal. Pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac 2014, pesawat berkenaan dilaporkan hilang dari radar ketika melalui Laut China Selatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI