fbpx

Dua pelajar biadap naik motosikal akan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang memaparkan tiga orang pelajar yang menunggang dua buah motosikal dengan baju mereka diconteng kata-kata kesat yang tular di media sosial baru-baru ini.

KOTA BHARU – Dua pelajar sekolah yang menunggang dan membonceng motosikal dengan belakang baju mereka tertulis perkataan yang memaki hamun guru selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini berkemungkinan akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, polis sudah sudah menjalankan siasatan lanjut terhadap kedua-dua pelajar itu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pelajar terbabit untuk siasatan lanjut. Polis juga mengeluarkan lima saman terhadap penunggang dan pembonceng motosikal itu.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan susulan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Pemantauan Kehadiran Pelajar Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sekolah Kebangsaan Mulong 2 di sini hari ini.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/03/07/pemilik-motosikal-dinaiki-pelajar-biadab-dikenakan-tindakan/

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengambil tindakan terhadap pemilik motosikal yang dinaiki pelajar terbabit yang tidak memakai topi keledar sehingga kejadian itu tular di media sosial baru-baru.

JPJ telah mengeluarkan notis siasatan dibawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik motosikal tersebut.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/03/05/netizen-kecam-pelajar-spm-biadab/

Dalam perkembangan lain, menurut Shafien, semua Ketua Polis Daerah di Kelantan digesa agar menjalankan penguatkuasaan trafik di daerah masing-masing dalam usaha untuk mengelakkan semakin ramai golongan penunggang yang mengubah suai spesifikasi motosikal mereka.

Shafien (kiri) berbual dengan seorang murid di Sekolah Kebangsaan Mulong 2, Kota Bharu ketika beliau menghadiri Program Pemantauan Kehadiran Pelajar Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Katanya, jika tidak diambil tindakan, perkara itu akan menjadi lebih serius terutama golongan remaja. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI