fbpx
Keadaan banjir kilat di Medan Selera 223 di Petaling Jaya sebentar tadi.

Medan Selera 223 sekali lagi dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Banjir kilat sedalam kira-kira empat kaki kembali melanda kawasan medan selera di Jalan 51A/223, Seksyen 51A sehingga menyebabkan beberapa kenderaan tenggelam di kawasan parkir petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.15 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira 11 minit kemudian.
“Komander operasi melaporkan berlaku banjir kilat di kawasan medan selera dengan anggaran kedalaman air sekitar empat kaki.

“Terdapat beberapa buah kenderaan tenggelam di kawasan parkir medan selera berkenaan, namun tiada pemindahan mangsa dilakukan kerana paras air didapati semakin surut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! pada 21 April lalu melaporkan Medan Selera 223 yang menjadi tempat popular bagi hidangan nasi lemak dan sup dinaiki air susulan hujan lebat.

Menerusi video tular di media sosial, kelihatan beberapa peniaga dan pekerja medan selera tersebut cuba menyelamatkan barangan dengan keadaan banjir kilat mencecah paras pinggang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN