fbpx

Kena kompaun ‘curi masuk’ Putrajaya untuk main bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Task Force Pemantauan dan Pematuhan PKP Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya melakukan pemeriksaan ke atas sekumpulan lelaki yang bermain bola sepak semalam.

PUTRAJAYA – Seramai lima individu yang sedang leka bermain bola sepak di sebuah padang sintetik di Presint 8 di sini semalam dikenakan kompaun kerana didapati tidak memiliki surat kebenaran merentas negeri untuk berada di Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, kesemua mereka didapati telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan kerajaan.

“Pasukan Task Force Pemantauan dan Pematuhan PKP Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya yang membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan antara pukul 10 malam hingga 11.45 malam mendapati sekumpulan individu bermain bola sepak di padang tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati lima individu berusia antara 23 hingga 28 tahun tiada surat kebenaran merentas negeri dengan bermain bola sepak di Putrajaya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Fadzil berkata, siasatan mendapati kesemua pemain bola yang dikompaun itu bekerja di sebuah syarikat swasta dan datang ke Putrajaya dari kawasan Ampang dan Kuala Lumpur.

Rakaman video kesemua mereka dikenakan kompaun oleh pihak Pasukan Task Force Pemantauan dan Pematuhan PKP IPD turut tular di media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI