fbpx

Getah, e-dagang paling banyak terima manfaat pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sektor berkaitan komoditi getah dan e-dagang merupakan dua industri utama yang paling banyak menerima manfaat daripada Covid-19, berdasarkan laporan Malaysian Insurance Highlights (MIH) 2020 yang diterbitkan oleh Malaysian Reinsurance Bhd. (Malaysian Re).

MIH 2020 diterbitkan dengan kerjasama perunding kajian, komunikasi dan pembangunan perniagaan yang berpangkalan di Zurich, Faber Consulting AG.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan temu bual berstruktur bersama lebih daripada 30 eksekutif mewakili 19 syarikat insu­rans Malaysia, insurans semula, perantara dan persatuan perdagangan.

Menurutnya, berdasarkan keputusan laporan berkenaan, sektor berkaitan perjalanan, pembuatan, permotoran dan runcit paling teruk menerima kesan negatif impak pandemik.

“Pandemik mempercepatkan proses pendigitalan dan teknologi ini telah membantu industri insurans untuk terus berhubung dengan pelanggan, ejen dan pekerja.

“Syarikat insurans mendapat manfaat daripada transformasi digital, terutama dalam segmen peribadi, apabila pengguna menjadi lebih terbiasa membeli dan menguruskan urusan mereka melalui platform online.

“Selain itu, tindak balas mantap terhadap pandemik telah meningkatkan reputasi industri meskipun pada masa yang sama, pandemik mengakibatkan permintaan untuk produk insurans semakin menurun terutamanya melibatkan perjalanan, permotoran dan kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Re, Zainudin Ishak berkata, sejak kes pertama dikesan di Malaysia pada bulan Januari 2020, Covid-19 telah membawa impak yang belum pernah terjadi sebelum ini terhadap ekonomi dan pasaran insurans negara.

“Kami mengambil inisiatif untuk mengkaji lebih mendalam mengenai implikasi pandemik ini terhadap industri insurans domestik dan mengumpulkan data dan analisis yang relevan untuk faedah rakan sekerja.

“Syarikat berharap MIH 2020 akan memacu perbincangan le­bih lanjut dalam industri ini dalam usaha membina semula industri pasca Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI