fbpx

Bakar rumah kerana suami enggan cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang isteri membakar rumah selepas permintaan cerai ditolak oleh suaminya dalam kejadian di Sumatera Utara. – AGENSI

JAKARTA – Berang kerana permintaan cerai ditolak oleh suami, seorang isteri di Indonesia nekad membakar rumahnya dalam insiden yang mengakibatkan beberapa kediaman lain turut terbakar, lapor portal berita Suara.com semalam.

Suspek dikenali sebagai Firtiani, 34, dan berasal dari Kecamatan Tanjung Biram, wilayah Sumatera Utara. Dia dikatakan meminta cerai dengan suaminya, M. Rustam Ritonga kerana tidak tahan lagi hidup bersama lelaki itu.

Wanita itu juga dilaporkan meminta suaminya agar menjual rumah mereka, namun permintaannya ditolak.

Sejurus selepas itu, dia menjadi emosi lalu membakar langsir dapur rumahnya namun sempat dipadamkan oleh suaminya. Firtiani kemudian membakar pula permaidani di bilik tidur mereka.

“Dia kemudian meninggalkan rumah tersebut yang sedang terbakar,” kata ketua polis tempatan, Asisten Komisioner Besar Polis, Ikhwan Lubis semalam.

Menurutnya, api marak de­ngan pantas dan menyambar dua lagi rumah milik jirannya.

“Suspek mengaku dia menjadi emosi dan membakar rumahnya,” kata Ikhwan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 187 (1) dan (2) Subs Seksyen 188 Undang-­Undang Hukum Jenayah Indonesia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI