fbpx

6 laporan polis berhubung potong babi di pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki melakukan kerja-kerja samak di kawasan yang dikatakan melakukan pemotongan babi di sebuah pasar raya di Banting di sini.

KUALA LANGAT – Sebanyak enam laporan polis diterima berhubung tindakan seorang pekerja memotong daging babi di kawasan pemotongan ayam di sebuah pasar raya di Banting di sini, semalam.

Insiden tersebut mencetuskan panik di kalangan pengguna beragama Islam terhadap tahap kebersihan pasar raya tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, laporan yang dibuat individu dan badan bukan kerajaan (NGO) itu diterima pihaknya sejak kelmarin.

“Kesemua laporan itu telah dirujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis setakat ini hanya memantau di premis berkenaan dari sudut keselamatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, pihak pengurusan telah memohon maaf atas kesilapan dari pihak mereka.

Pihak pengurusan pasar raya terbabit memaklumkan segala peralatan yang digunakan telah digantikan baharu, kawasan pemotongan yang disamak, selain pekerja berkenaan yang telah diberhentikan kerja serta-merta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI