fbpx

SPRM tahan pengurus ladang pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Karunanithy

SANDAKAN – Seorang pengurus ladang di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran disyaki menyalahgunakan wang tabung pekerja berjumlah kira RM20,000 pada 2018.

Suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan kira- kira pukul 9 pagi di pejabat SPRM Sandakan semalam.

Menurut sumber, wang terbabit telah dikeluarkan oleh suspek menerusi enam keping cek daripada sebuah bank.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin,” katanya.

Mengulas lanjut, Karunanithy memaklumkan suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI