fbpx

De Paula dapat status pemain naturalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE PAULA kini berusia 35 tahun dan sudah beraksi dalam kancah Liga Malaysia sejak 2015.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik kehadiran pemain naturalisasi terbaharu negara, Guilherme de Paula yang sah menjadi warganegara Malaysia pada bulan ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengakui gembira dengan pengumuman yang dilakukan oleh kelab diwakili de Paula, Perak FC yang mengesahkan penyerang kelahiran Brazil itu akan didaftarkan sebagai pemain tempatan.

“Ini adalah perkembangan cukup positif buat skuad Harimau Malaya dengan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe memiliki lebih banyak pilihan khususnya di posisi serangan apabila De Paula boleh sah menjadi warganegara Malaysia.

“Bagi menyertai kem latihan pusat yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini, kita akan serahkan kepada Cheng Hoe untuk buat penilaian sama ada De Paula layak untuk dipanggil atau tidak.

“Segalanya bergantung kepada prestasi yang akan dipamerkan pada kempen Liga Super yang akan bermula pada ming­gu ini,” katanya ketika ditemui ­Kosmo! di Putrajaya semalam.

Sebagai rekod, De Paula yang kini berusia 35 tahun sudah beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) sejak 2015 dan pernah mewakili Selangor, PDRM, Kuala Lumpur dan kini bersama The Bos Gaurus.

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya telah mengesahkan kehadiran dua pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh pada 2018 dan Liridon Krasniqi pada tahun lalu.

Skuad negara kini sedang melakukan persiapan untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI