fbpx

Christopher Hohn terima gaji tertinggi di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRISTOPHER HOHN

LONDON – Pengurus dana lindung nilai, Christopher Hohn mencatat rekod di Britain tahun lalu apabila menjadi penerima gaji tahunan terbesar selepas beliau membayar gaji untuk diri sendiri berjumlah hampir setengah bilion dolar AS, demikian  menurut dokumen yang dikemukakan kelmarin.

Jutawan tersebut yang juga merupakan pemilik syarikat  Children’s Invesment(TCI), membayar gaji  AS$479 juta (RM1.94 bilion) ke dalam syarikat peribadinya, TCI Fund Management.

Jumlah gaji yang dibayar dalam bentuk  dividen bagi tahun fiskal berakhir Mac ini  adalah tertinggi pernah dibayar kepada individu di Britain, lapor akhbar The Guardian.

Angka tersebut adalah 9,000 kali ganda lebih tinggi  daripada purata gaji tahunan  di Britain.

Hohn memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Denise Coates yang merupakan pengasas laman web pertaruhan online dikenali sebagai Bet365.

Beliau menerima AS$448 (RM1.82 bilion) bagi gaji dan dividen pada 2018. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI