fbpx

‘Jurulatih bola’ Shaolin Soccer meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stephan Chow bersama 'kembarnya' Ng Man Tat

PETALING JAYA – Aktor Hong Kong, Ng Man Tat meninggal dunia hari ini pada usia 70 tahun selepas dia disahkan menghidap barah hati baru- baru ini.

Aktor tersebut terkenal menerusi lakonannya bersama pelakon komedi tersohor, Stephen Chow.

“Beliau telah menjalani pembedahan dan menjalani rawatan kemoterapi sejak dua bulan lepas, tetapi tahap kesihatannya merosot dan koma.

“Beliau kemudian telah dipindahkan ke unit rawatan rapi, dan para petugas perubatan menasihati ahli keluarga untuk bersiap sedia,”kata kenalannya, Tenky Tin Kai Man kepada media Hong Kong.

Ng sebelum ini bertarung dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau memulakan karier seninya ketika berusia 22 tahun pada 1973 dan cukup dikenali dalam beberapa filem bersama pelakon komedi Stephen Chow antaranya The Final Combat, The Justice of Life dan Shaolin Soccer. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI