fbpx

30 peratus ahli KWSP tinggal RM100 dalam Akaun 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Hampir 30 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan kesemua wang dalam Akaun 1 mereka sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Raja Mohd. Alias berkata, pengeluaran untuk keperluan mendesak itu merisikokan keperluan masa depan dan meletakkan beban pada ruang fiskal ahli.

“Simpanan ahli menyusut dengan sangat membimbangkan, Mereka hanya ada RM100 dalam Akaun 1.

“Hampir 60 peratus pula telah dan akan menggunakan semua simpanan di Akaun 2 untuk digunakan lain pengeluaran seperti rumah, perubatan dan pendidikan,” katanya semasa pembentangan Laporan Kewangan KWSP Tahun 2020 hari ini.

Sebanyak 36 peratus ahli aktif KWSP menepati sasaran simpanan sebelum Covid-19, namun jumlah itu menyusut kepada 28 peratus.

Justeru, KWSP akan mengadakan lebih banyak aktiviti untuk memberi kesedaran kepada ahli selain mendatangkan produk untuk memastikan ahli yakin bahawa KWSP ialah tempat untuk meletakkan simpanan hari tua mereka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI