fbpx

Sesi sekolah JAIS dibuka 1 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM -Sesi persekolahan bagi murid dan pelajar sekolah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan dibuka bermula pada 1 Mac depan.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengenai tarikh pembukaan penuh semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, minggu lalu.

Menurut beliau, sesi persekolahan bagi semua murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua akan bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dibenarkan hadir ke sekolah pada 8 Mac depan.

“Bagi pelajar Tingkatan Satu hingga Enam sekolah menengah di bawah kawalan JAIS pula akan dibuka bermula 5 April depan.

“Manakala, semua pelajar Maahad Tahfiz dan Pondok dibenarkan hadir ke sekolah pada 1 Mac depan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Shahzihan menambah pembukaan sekolah yang ditetapkan itu termasuk institusi pendidikan berdaftar dengan JAIS.

Beliau berkata, pihaknya turut mengambil maklum berkaitan pemakaian pakaian seragam sekolah yang diumumkan kementerian, semalam.

“JAIS mengambil pendekatan sama untuk membenarkan pemakaian yang bersesuaian, kemas dan sopan bagi mereka yang belum mempunyai pakaian sekolah.

“Kebenaran itu berkuat kuasa mulai 1 Mac sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI