fbpx

Masih ramai gagal sediakan peralatan merekod diri serta pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Meskipun negara telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih setahun, namun masih ramai peniaga dan pemilik premis gagal menyediakan peralatan merekod diri serta pelanggan di premis masing-masing.

Ini terbukti apabila kesalahan itu paling tinggi direkodkan semalam semasa operasi pematuhan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP di mana sebanyak 75 premis dikompaun selepas dikesan gagal menyediakan peralatan berkenaan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain kesalahan tersebut, operasi semalam turut menahan individu tidak memakai pelitup muka iaitu sebanyak 61 kes, aktiviti perjudian (52) dan rentas daerah serta negeri tanpa kebenaran (37).

Pada masa sama, pihaknya turut membuat penahan kepada mereka yang tidak melakukan penjarakan fizikal sebanyak 21 kes, premis beroperasi lebih masa serta tanpa kebenaran (6) dan tiada dokumen pengenalan diri sebanyak satu kes.

“Secara keseluruhan, seramai 253 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam dan daripada jumlah itu, 231 dikompaun manakala 22 lagi direman,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ismail Sabri memaklumkan, operasi Ops Benteng semalam telah menahan enam orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas tujuh buah kenderaan darat.

Menurutnya, dalam operasi itu juga, pihak berkuasa turut mengesan 87 buah bot dan kapal di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan.

“Pada masa sama, seramai enam orang PATI turut diusir melalui dua aktiviti pengusiran,”ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI