fbpx

Laksh Lalwani pelapis hero Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAKSH LALWANI

INDUSTRI perfileman Bollywood tidak pernah kontang dengan kehadiran bintang baharu yang mewarnai dunia hiburan India.

Ramai anak muda dari seluruh pelosok India tertarik untuk menceburkan diri dalam bidang layar lebar dan salah seorangnya ialah Laksh Lalwani.

Diramal menjadi hero pelapis di Bollywood pada masa akan datang, Laksh atau lebih dikenali sebagai Lakshya sebelum ini terlebih dahulu memulakan karier sebagai pelakon drama televisyen.

Namanya semakin dikenali selepas membintangi sebuah drama bersiri berjudul Porus yang menjadi rancangan televisyen paling mahal di India.

Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, selepas puas dikenali sebagai pelakon televisyen, sudah sampai masanya dia beralih arah ke dunia perfileman.

“Saya bakal muncul dalam filem sulung berjudul Dostana 2. Bagaimanapun tayangannya terpaksa ditunda kerana Covid-19,” ujar alumni dari Universiti Delhi itu.

Selain Lakshya, filem Dostana 2 juga turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Kartik Aaryan dan Janhvi Kapoor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI