fbpx

BAM taja Soon Huat-Shevon ke Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT lega selepas BAM bersetuju menaja penyertaan ke Terbuka Switzerland bermula 2 hingga 7 Mac depan.

BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai menerima khabar gembira apabila dapat beraksi pada Terbuka Switzerland bermula 2 hingga 7 mac depan.

Gandingan yang berada di ranking ke-10 dunia itu akan menyertai Jelajah Dunia Super 300 tersebut selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersetuju memberikan tajaan.

Soon Huat mengakui gembira dengan keputusan BAM itu kerana mereka dalam misi memburu tempat ke Sukan Olimpik.

“BAM bersetuju untuk beri tajaan bagi membolehkan saya dan Shevon beraksi pada kejohanan Terbuka Switzerland nanti.

“Terima kasih kepada BAM kerana beri peluang buat kami. Kami juga aktif mencari penaja bagi kejohanan akan datang,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Soon Huat-Shevon masih mencari penaja selepas digugurkan daripada skuad kebangsaan awal bulan ini.

Pada masa sama, Soon Huat menjelaskan, BAM hanya membiayai mereka pada Terbuka Switzerland, oleh itu mereka perlu mencari penaja baharu sekiranya mahu beraksi pada All England dan Orleans Masters.

“Saya tahu kami perlu dapatkan penaja dengan kadar segera jika mahu bermain pada All England dan Orleans Masters, namun keputusan itu tidak boleh dibuat secara terburu-buru.

“Sekiranya masih belum dapat tajaan, mungkin saya dan Shevon perlu keluar wang sendiri pada All England dan Orleans Masters nanti. Kami sedia berkorban demi ke Olimpik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI