fbpx

Tujuh petugas kaunter JPJ Johor direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai SPRM Johor mengiringi kakitangan JPJ Johor untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini. - Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Tujuh petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan bagi kes ketirisan kutipan cukai jalan mencecah RM3.1 juta pada 2019.

Majistret Nurmadiana Mamat membenarkan perintah reman berkenaan terhadap semua suspek selepas dimohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Kesemua suspek yang berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan reman bermula hari ini sehingga 28 Februari ini.

Reman itu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) membabitkan lebih 1,000 jenis kenderaan bermotor membabitkan nilai mencecah RM3.1 juta.

Kesemua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Semalam, SPRM Johor menahan tujuh petugas JPJ Johor bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan urusan cukai jalan LKM yang dipercayai hasil perbuatan salah guna kuasa oleh kakitangan berkenaan dengan menceroboh sistem JPJ.

Tujuh individu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita yang dipercayai bertugas di JPJ Johor Bahru di Taman Daya, di sini dilaporkan ditahan antara 11 pagi hingga 1 tengah hari semalam.

Menurut sumber, mereka dipercayai memanipulasi sistem MySIKAP bagi urusan cukai jalan LKM yang melibatkan jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Johor mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan dari Julai hingga Disember 2019.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI