fbpx

Derbi ‘panas’ Lukaku, Ibrahimovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (tengah) dan Ibrahimovic (dua dari kanan) pernah bergandingan bersama dalam satu pasukan ketika menyarung jersi Manchester United dari 2017 hingga 2018.

MILAN – Legenda AC Milan, Alessandro Costacurta menyifatkan bekas kelabnya itu tidak mempunyai kelebihan untuk menewaskan musuh setempat, Inter Milan dalam pertembungan derbi pada aksi Serie A di Stadium San Siro malam ini.

Costacurta, 55, menganggap penyerang prolifik Inter, Romelu Lukaku mampu menjadi pemusnah buat Milan meskipun kelab itu turut mempunyai nama hebat seperti Zlatan Ibrahimovic.

“Apabila anda mempunyai pemain berketinggian 1.9 meter tetapi boleh berlari dengan pantas seperti Lukaku, ia adalah satu kelebihan. Ia terbukti dengan 22 gol bersama Inter musim ini.

“Ibrahimovic tidak kurang hebat kerana boleh menarik ramai pemain pertahanan dalam kawasan kotak penalti. Situasi itu akan membuka ruang kepada pemain-pemain Milan yang lain untuk mencuri peluang.

“Berdasarkan corak permai­nan Inter, saya merasakan Lukaku lebih berbahaya dan sangat menjengkelkan berbanding Ibrahimovic,” kata Costacurta yang sudah bermain 663 aksi bersama Milan dari 1986 hingga 2007.

Jika menang, Milan yang kini menduduki tangga kedua, akan kembali merampas kedudukan mereka sebagai pendahulu daripada Inter selepas 22 perlawanan setakat ini.

Pertembungan derbi itu amat penting buat Lukaku dan Ibrahimovic selepas kedua-duanya terlibat dalam insiden pergaduhan sewaktu Milan tewas 1-2 kepada Inter pada suku akhir Piala ­Coppa Itali hujung bulan lalu.

Pergaduhan itu menyaksikan Ibrahimovic diarahkan keluar padang selepas dilayangkan kad merah pada awal babak kedua aksi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI