fbpx

Kucing ‘menangis’ tuan balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan seekor kucing bernama Fu Fu seperti mengalirkan air mata kerana ditinggal bersendirian oleh tuannya. – Douyin

BEIJING – Seekor kucing baka British Shorthair di China tular di media sosial selepas pemiliknya memuat naik klip video menunjukkan haiwan itu sedang ‘menangis’, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Fu Fu yang berumur dua tahun dikatakan ‘menangis’ kerana ditinggalkan di rumah yang terletak di bandar Xuzhou sendirian ketika pemiliknya, Meng balik kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina baru-baru ini.

 

 

Pemilik Fu Fu meninggalkan kucing itu bersendirian di rumah kerana pulang ke kampung untuk
sambutan Tahun Baru Cina. – Douyin

 

Meng berkata, dia mengawasi Fu Fu melalui monitor sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sepanjang berada di rumah ibu bapanya untuk makan besar sempena Tahun Baru Cina.

“Mata Fu Fu berkaca apabila memandang kamera CCTV dan tidak berhenti mengiau apabila saya memanggil namanya.

“Saya tidak membawanya ke rumah ibu bapa kerana bimbang Fu Fu tidak biasa di tempat baharu. Fu Fu seekor kucing yang pemalu,” jelasnya.

Klip video berdurasi 17 saat itu menerima lebih lapan juta tanda Like sejak Meng memuat naik­nya dalam platform ­media sosial tempatan, Douyin.

Tambah Meng, disebabkan Fu Fu ‘menangis’ bila bersendirian, dia membatalkan hasrat bercuti seminggu di rumah ibu bapanya dan pulang ke pangkuan ku­cingnya selepas empat hari. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI