fbpx

Big Hit, Universal Music Group perluas kerjasama strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Big Hit Entertainment, Bang Si-Hyuk.

PETALING JAYA – Big Hit Entertainment (Big Hit) dan Universal Music Group (UMG), hari ini mengumumkan perkongsian strategik yang diperluaskan.

Perkongsian strategik tersebut menyaksikan kerjasama dua syarikat tersebut meningkatkan peluang buat pengkarya seni muzik melalui inovasi dan teknologi, sekaligus mengembangkan jangkauan global muzik dan budaya K-pop di seluruh dunia.

Artis UMG akan meneroka komunikasi “direct to fan” yang disempurnakan melalui Big Hit’s Weverse, platform berasaskan komuniti dinamik yang membolehkan peminat setia artis untuk terlibat, berkongsi dan berinteraksi, melihat dan mendengar kandungan baharu dan membeli produk baru.

Weverse sudah digunakan oleh artis UMG Gracie Abrams, New Hope Club dan Alexander 23, bersama Yungblud antara gelombang bakat seterusnya bergabung dengan Weverse dalam beberapa bulan mendatang.

Ini berikutan pengumuman minggu lalu bahawa UMG telah menjadi pelabur ekuiti bersama Big Hit, YG Entertainment dan Kiswe dalam platform pengstriman premium secara langsung VenewLive oleh KBYK.

Bang Si-hyuk bersama kumpulan BTS.

Melalui platform VenewLive, kedua-dua syarikat  juga akan mengumpulkan dan melancarkan kumpulan ‘boyband’ K-pop global baharu di Amerika Syarikat (AS)  untuk pertama kalinya.

Projek artis baharu akan dilancarkan bawah label JV baru itu, dikelolakan oleh Big Hit, iaitu pasukan kuasa besar global di sebalik kejayaan luar biasa kumpulan BTS yang dicalonkan Grammy, dengan kerjasama Geffen Records oleh UMG, label bersejarah yang telah membantu membentuk budaya global belia dan muzikal selama 40 tahun yang lalu, melalui pemuzik ikonik termasuk, Nirvana, Guns ‘N’ Roses, Elton John dan Avicii, bersama artis pop global terulung tahun 2021, Olivia Rodrigo dan beberapa nama lain.

Label yang baharu tersebut akan beroperasi di Los Angeles dan bekerjasama dengan pasukan Big Hit America, Geffen Records serta UMG.

Anggota kumpulan lelaki baharu itu akan dipilih melalui program uji bakat global, yang berada di landasan yang terancangkan untuk mula dikeudarakan pada tahun 2022, dengan kerjasama rakan media utama A.S. 

Debut global tersebut akan berkerja berdasarkan sistem K-pop merangkumi muzik, persembahan, fesyen, video muzik dan komunikasi bersama peminat.

Big Hit akan menggunakan kepakaran globalnya untuk memimpin pencarian, latihan dan perkembangan artis baharu, proses penerbitan kandungan untuk peminat dan pengurusan komunikasi peminat melalui platform Weverse. 

Selain bekerjasama dengan rakan media di A.S. untuk mengadakan program uji bakat, Geffen Records akan memanfaatkan rangkaian industri dan rakan kongsi mereka yang luas untuk meneliti operasi penerbitan, pemasaran dan pengedaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif Big Hit Entertainment, Bang Si-Hyuk berkata, kedua-dua syarikat  berkongsi nilai dan visi kerana kami bersama-sama melakukan inovasi secara berterusan dan komited untuk menyediakan muzik yang terbaik untuk peminat dengan tahap kualiti tanpa kompromi.

“Saya percaya bahawa UMG dan Big Hit akan mewujudkan sinergi yang akan menulis semula sejarah muzik global,” katanya.

 Ketua Pegawai Eksekutif Global & Business Big Hit Entertainment, Lenzo Yoon pula menjelaskan, pihaknya akan berusaha mendapatkan pelantar yang kompetitif dan mengembangkan lagi kumpulan ‘top artists’ melalui kerjasama antara dua syarikat, untuk memastikan K-pop menembusi semua sempadan dan bahasa.

“Projek ini sangat penting kerana akan menerapkan ‘formula kejayaan’ Big Hit yang dilakukan  sejak 16 tahun yang lalu ke AS iaitu pusat pasaran muzik global,” kata Lenzo.

LENZO YOON

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif, Universal Music Group, Sir Lucian Grainge pula berkata, menerusi pendekatan inovatif mengembangkan artis dan menerapkan teknologi baharu, Big Hit telah menjadi salah satu syarikat paling dinamik dalam industri muzik.

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama melancarkan usaha sama yang akan mengetengahkan K-pop sebagai fenomena budaya global,” ujar Lucian.

LUCIAN GRAINGE

Sementara itu, John Janick selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Interscope Geffen A&M pula sangat teruja dengan projek usaha sama antara Geffen Records dan Big Hit. Baginya, penyatuan tersebut menawarkan peluang luar biasa pihaknya untuk bekerjasama membantu membentuk masa depan muzik di seluruh dunia demi kebaikan artis dan peminat global. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI