fbpx

Muchova bangkit singkirkan Barty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUCHOVA tewas pada set pertama, namun bangkit meraih kemenangan dalam dua set berikutnya untuk menyingkirkan Barty. – AFP

MELBOURNE – Bintang tenis Republik Czech, Karolina Muchova melakukan kejutan selepas berjaya menyingkirkan pemain ranking No.1 dunia, Ashleigh Barty di Terbuka Australia sekali gus melangkah ke peringkat separuh akhir buat julung kalinya.

Pemain tuan rumah yang juga pilihan pertama kejohanan, Barty dilihat gagal mengambil kesempatan ber­aksi di gelanggang sendiri meski­pun tampil agresif me­raih kemenangan set pertama 6-1 ke atas Muchova.

Pemain ranking No.27 dunia, Muchova dilihat enggan menye­rah kalah dan bangkit untuk mendominasi permai­nan seterusnya sebelum melakar kemenangan bergaya 6-3 di set kedua dan 6-2 pada set ketiga ke atas Barty di Arena Rod Laver..

Muchova mengakui dia tidak bermain dengan baik pada set pertama berikutan Barty tampil dengan cemerlang selain dia tidak dalam keadaan baik selepas mengalami sakit kepala pada set pertama.

“Saya akui saya tidak dapat fokus pada set pertama berikutan kesakitan yang saya alami di kepala. Saya terpaksa berehat seketika.

“Ia sedikit sebanyak membantu saya kembali ke gelanggang. Saya cuba menamatkan saingan ini lebih cepat dan tidak mahu mengheret perlawanan ini terlalu lama.

“Saya gembira kerana berjaya menamatkan aksi dengan kemenangan. Saya bangga ke­rana dapat melangkah ke separuh akhir buat kali pertama di Australia,” katanya.

Hasil kemenangan tersebut, Muchova bakal bertemu Jennifer Brady dari Amerika Syarikat selepas berjaya menundukkan rakan senegaranya, Jessica Pegula. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI