fbpx

Perak FC mulakan latihan di Chemor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Perak FC giat menjalani latihan sebagai persiapan mengharungi Liga Malaysia yang dijadualkan bermula 5 Mac depan.

Oleh AZIZAN HASHIM

PASUKAN Perak FC telah memulakan latihan di Stadium Mini, Chemor sebagai persiapan menghadapi Liga Malaysia (Liga M) yang dijadualkan 5 Mac depan dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) protokol am latihan secara gelembung sukan.

Pengerusi Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, sebagai memenuhi SOP yang ditetapkan, kesemua pegawai dan pemain telah menjalani ujian calitan pada hari Ahad.

“Kita meneruskan latihan seperti biasa tapi mengikut SOP. Ia adalah satu perkara yang amat penting kerana kita tidak mahu ada pemain-pemain kita atau pegawai-pegawai kita yang akan terkesan dengan Covid-19,” katanya kepada pemberita ketika meninjau sesi latihan pasukan tersebut semalam.

Khairul turut berharap agar pihak pengurusan pasukan wajib mematuhi syarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam konteks gelembung sukan ini.

Menurutnya, antara protokol am yang perlu dipatuhi ialah saringan suhu badan, dilarang berkongsi air minuman, makanan, pakaian, tuala muka dan peralatan peribadi di samping tidak bersalaman dan mengurangkan interaksi sosial.

Beliau yakin pegawai dan pemain akan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan kerana mereka sendiri teruja untuk menjalani latihan sebelum sepak mula Liga Malaysia, 5 Mac depan.

Dalam perkembangan lain, Khairul memaklumkan bahawa pertandingan melukis logo Perak FC mendapat sokongan hangat apabila disertai lebih 1,500 penyertaan.

Justeru Jawatankuasa pertan­dingan terdiri daripada profesional dan wakil kelab telah membuat senarai pendek penyertaan kepada lima berdasarkan keaslian hasil kerja.

“Lukisan yang berjaya akan dipertandingkan melalui undian peminat selama 24 jam. Tiga yang terbaik akan dinilai semula oleh panel,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI