fbpx

Im Se-mi tenang tanpa kritikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IM SE-MI

AKTRES Im Se-mi mendedahkan dia melalui pengalaman berbeza ketika muncul dalam drama fenomena True Beauty yang menamatkan siaran pada 4 Februari lalu.

Dalam drama berkenaan, dia memegang watak sebagai Lim Hee-gyeong iaitu kakak kepada Lim Ju-gyeong lakonan Moon Ga-young.

“Sebelum ini saya banyak memegang watak antagonis dalam drama. Disebabkan watak-watak tersebut, saya selalu dihujani komen negatif.

“Tetapi kali ini sangat berbeza. Sebab drama True Beauty berkisar tentang cinta,” katanya.

Ketika kali pertama membaca skrip drama berkenaan, Se-mi agak ragu-ragu untuk menjayakan babak melibatkan emosi marah.

“Bagaimanapun selepas penggambaran bermula, rasanya sangat tenang sebab saya dapat melampiaskan amarah dan luahkan rasa geram,” ujarnya.

Dalam episod kemuncak drama fenomena tersebut, Se-mi akhirnya mengahwini kekasih hatinya iaitu Han Joon-woo lakonan Oh Eui-sik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI