fbpx

Pegula lakar kejutan singkirkan Svitolina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGULA menafikan hajat Svitolina untuk memburu gelaran Grand Slam kali ini apabila menyingkirkannya pada aksi pusingan keempat semalam. – AFP

MELBOURNE – Pemain tenis kelahiran Amerika Syarikat, Jessica Pegula melakar kejutan selepas berjaya menewaskan pilihan No. 5, Elina Svitolina untuk mengesahkan tiket suku akhir kejohanan Grand Slam Terbuka Australia semalam.

Pada perlawanan tersebut, Pegula yang diletakkan sebagai pemain bukan pilihan berjaya menafikan kebangkitan yang cuba dipamerkan oleh Svitolina untuk meraih kemenangan 6-4, 3-6, 6-3.

Kata Pegula, keputusan yang diraih tidak semudah yang di­sangka memandangkan tenta­ngan yang diberikan oleh pemain kelahiran Ukraine itu sangat sengit dan perlu berwaspada dalam melakukan setiap pukulan balas.

“Meskipun (Svitolina) tewas, saya tetap mahu memberi pujian kepadanya kerana memberi cabaran yang cukup sengit untuk menghalang saya daripada meraih keputusan straight-set.

“Dia adalah salah seorang pemain yang saya contohi ketika di gelanggang kerana sikap­nya yang tidak mudah mengalah, mungkin kali ini nasib lebih memihak kepada saya untuk melangkah ke pusingan suku akhir.

“Kini, saya mahu memberi tumpuan untuk aksi sete­rusnya kerana akan menentang rakan senegara, Jennifer Brady yang saya lihat mempamerkan rentak yang cukup konsisten pada kejohanan kali ini,” kata Pegula yang sebelum ini turut menewaskan Victoria Azarenka pada pusingan pertama.

Sementara itu, Brady pula layak ke pentas suku akhir Terbuka Australia kali ini selepas menewaskan pemain muda Croatia, Donna Vekic dengan kemenangan straight -set 6-1, 7-5. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI