fbpx

Liverpool terus tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILNER berada dalam senarai pemain cedera menyebabkan dia mungkin terlepas aksi menentang Leipzig. – AFP

BUDAPEST, Hungary – Hasrat Liverpool mengulangi kejayaan bergelar juara selepas melakukannya dua musim lalu semakin sukar menjelang aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig di Arena Puskas awal pagi esok.

Biarpun ini adalah kali pertama kedua-dua pasukan bertemu, namun kelebihan dilihat memihak kepada Leipzig berdasarkan prestasi semasa dengan empat kemenangan berturut-turut ketika ini sejak 31 Januari lalu.

The Reds pula masih gagal untuk beraksi pada tahap sebenar apabila merekodkan tiga kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan sekadar berupaya mencatat tiga kemenangan daripada 10 perlawanan tahun ini.

Lebih malang, krisis kecederaan Liverpool bertambah parah apabila giliran James Milner menyertai senarai sembilan pemain dalam skuad utama yang terpaksa diketepikan untuk aksi menentang Leipzig awal pagi esok.

“Kami masih belum pasti tetapi saya dapat rasakan ia adalah kecederaan hamstring,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp selepas terpaksa membawa masuk Thiago Alcantara menggantikan Milner ketika tewas 1-3 kepada Leicester City pada Sabtu lalu.

Sebagai rekod, Klopp kini sudah kehilangan empat tonggak pertahanan, Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip kerana masalah kecederaan selain Diogo Jota, Naby Keita, Divock Origi dan Caoimhin Kelleher.

Bek tengah baharu Liverpool dari Preston North End, Ben Davies juga dilaporkan mengalami kecederaan sekali gus Liverpool terpaksa mengharapkan gandingan Jordan Henderson dan Ozan Kabak di bahagian pertahanan untuk aksi awal pagi esok.

Leipzig pula diramal akan menurunkan skuad terbaik mereka selepas merehatkan ramai pemain utama antaranya Marcel Halstenberg, Yussuf Poulsen, Dayot Upamecano, Marcel Sabitzer dan Alexander Sorloth ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Augsburg baru-baru ini. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI