fbpx

Komited sempurnakan aksi Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI mendedahkan MFL enggan mengambil risiko yang akan memberikan kesan kepada penajaan jika kalendar Liga M bermula lebih lambat.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) komited untuk memastikan agar kempen Liga Malaysia (Liga M) dapat disempurnakan sepenuhnya pada saingan musim ini dengan aksi sepak mula dijadualkan bermula pada 5 Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pihaknya tidak mahu mengambil risiko yang akan memberikan kesan kepada penajaan jika kalendar Liga M bermula lebih lambat.

“MFL sudah menerima serta mendengar keluhan daripada jurulatih mengenai persiapan Liga M yang agak singkat kerana ­saingan yang akan berlangsung pada 5 Mac 2021.

“Namun, MFL komited untuk menamatkan kempen liga dengan perlawanan penuh (22 perlawanan) dan kami enggan mengambil risiko yang boleh memberikan kesan kepada penajaan.

“Ini kerana, jika saingan Liga M bermula lebih lambat, langkah mengurangkan perlawanan atau membatalkan kejohanan lain seperti Piala Malaysia atau Piala Cabaran (boleh berlaku),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ab. Ghani turut mengesahkan MFL akan mengekalkan peraturan pertukaran lima pemain gantian dan dua kali drinks breaks dalam tempoh 90 minit pada saingan Liga M tahun lalu pada saingan musim ini.

“MFL ingin membuat makluman bahawa pindaan khas sementara peraturan permainan bagi musim 2020 akan dikekalkan pada tahun 2021 seperti membenarkan pertukaran lima orang pemain dalam satu perlawanan.

“Selain itu, setiap pasukan boleh mendaftarkan tujuh hingga sembilan orang pemain di bangku simpanan selain MFL akan mempratikkan drinks breaks sebanyak dua kali dalam perlawanan.

“Di sini, saya berharap kesemua kelab akan terus memberikan sokongan kepada liga tempatan dan saya juga berharap peraturan ini dapat dimanfaatkan oleh kesemua jurulatih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI