fbpx

Lapan individu langgar SOP serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Farouk

AMPANG JAYA – Seramai lapan individu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas berkumpul bagi menyambut Tahun Baharu Cina di Bukit Ketumbar Hill, Ampang di sini pada Sabtu telah tampil serah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek telah dirakam percakapan dan telah dikenakan tindakan kompaun.

“Sehingga hari ini, seramai lapan individu iaitu enam lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menyertai aktiviti tersebut telah serah diri.

“Kesemua mereka juga telah dikompaun kerana melanggar SOP PKP 2.0 di bawah Peraturan 11 (3) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk menasihati baki individu yang terlibat tampil segera bagi membantu siasatan lanjut pihak polis.

Terdahulu, polis mengesan kira-kira 20 individu kerana melanggar SOP PKP selepas berkumpul bagi menyambut Tahun Baharu Cina di Bukit Ketumbar Hill, Ampang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI