fbpx

Muchova tunjuk Pliskova ‘jalan keluar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLISKOVA terpaksa akur terpaksa pulang seawal pusingan ketiga Terbuka Australia tahun ini. – AFP

MELBOURNE – Bekas pemain No. 1 dunia, Karolina Pliskova dikejutkan dengan kekalahan di tangan pilihan ke-25, Karolina Muchova pada pusingan ketiga Terbuka Australia di Melbourne awal pagi semalam.

Pemain No.6 dunia dari Republik Czech itu gagal mempamerkan persembahan terbaik apabila tewas dengan keputusan straight-set 5-7, 5-7 sekali gus merakam kekalahan kedua berturut-turut kepada Muchova.

Pliskova pernah mengatasi rakan senegaranya itu pada pusingan kedua Terbuka Australia 2019, namun Muchova bangkit menebus kekalahan ke atas pemain berusia 29 tahun tersebut sewaktu saingan Terbuka Wimbledon dalam tahun yang sama.

Muchova, 25, mengakui gembira dengan kejayaan mara ke pusingan keempat Terbuka Australia buat kali pertama dalam kariernya meskipun berdepan tentangan hebat daripada Plis­kova sepanjang perlawanan tersebut.

“Sudah pasti ia adalah perlawanan yang sukar kerana kami berdua bermain dengan tekanan dan gementar. Namun, saya gembira kerana berjaya melepasi pusingan ini terutama ketika aksi dalam set pertama.

“Pliskova adalah pemain yang cukup berpengalaman. Dari awal lagi saya sudah jangka akan berdepan tugas berat setiap kali dijadualkan menentangnya,” kata Muchova.

Dalam pada itu, Pliskova meluahkan kekecewaan terhadap persembahannya yang dianggap hambar sekali gus menjadi punca gagal mara ke pusingan keempat.

“Saya melakukan banyak kesilapan dan terlalu panik hingga gagal bermain dengan cukup baik.

“Saya tidak pasti apa yang mengganggu permainan saya tetapi saya sangat kecewa kerana gagal tampil dengan permainan sebenar,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI