fbpx

Bayern sambar khidmat Upamecano

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UPAMECANO (tengah) dilaporkan bakal berhijrah daripada Leipzig dengan menandatangani kontrak lima tahun bersama Bayern. – AFP

BAYERN – Pengarah Sukan Ba­yern Munich, Hasan Salihamidzic mengesahkan, kelabnya berjaya mendapatkan tandatangan tonggak pertahanan tengah RB Leipzig, Dayot Upamecano.

Berita itu hadir sejurus kejayaan Bayern menjuarai trofi Piala Kelab Dunia selepas menewaskan gergasi benua Amerika Utara, Tigres UANL 1-0 hasil gol tunggal daripada Benjamin Pavard pada final yang berlangsung di Ar-Rayyan, Qatar kelmarin.

Difahamkan, Bayern perlu membayar €42.5 juta (RM208.2 juta) untuk mengaktifkan klausa perpindahan Upamecano sebelum menandatangani kontrak lima tahun bersama skuad juara Eropah tersebut.

“Upamecano masih muda dan mempunyai kualiti untuk berkembang sebagai seorang pemain bintang pada masa depan. Saya sentiasa menaruh keyakinan tinggi dia mampu mencapai status itu.

“Saya gembira kerana berjaya meyakinkan Upamecano bahawa Bayern adalah kelab paling tepat dalam kariernya selepas ini. Dia akan bermain dengan kami selama lima tahun,” kata Saliha­midzic.

Ia secara tidak langsung menutup peluang tiga gergasi England, Liverpool, Manchester United dan Chelsea yang sebelum ini hangat dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat bek tengah berusia 23 tahun itu.

Mungkin disebabkan berita perpindahan itu menyebabkan Upamecano tidak diturunkan Leipzig dalam kemenangan 2-1 ke atas Augsburg pada aksi Bundesliga di Red Bull Arena Leipzig awal pagi semalam.

Sebagai rekod, dua gol Leipzig dalam perlawanan itu dijaringkan Dani Olmo dan Christopher Nkunku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI