fbpx

30 tahun dalam industri, Ziana Ziana terus disayangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN Ziana Zain menerusi TV2 malam ini pasti menghiburkan ramai.

PETALING JAYA – Penyanyi Ziana Zain dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis sempena sambutan ulang tahun ke-30 pembabitan dirinya dalam industri hiburan tanah air hari ini.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 53, dalam Instagramnya, penyanyi lagu Madah Berhelah itu menerima beberapa ucapan dan doa oleh beberapa rakan artis termasuk daripada adiknya iaitu penyanyi, Anuar Zain.

“Sebesar-besar tahniah buat kakak saya (Ziana Zain),” ujar Anuar.

Antara selebriti lain yang turut memberikan ucapan tahniah kepada Ziana ialah anak buahnya iaitu penyanyi Ernie Zakri, Wany Hasrita, Khai Bahar, Ismail Izzani dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nuhaliza.

“Doa saya supaya kak Gee (panggilan untuk Ziana Zain) terus berkarya serta menjadi wanita yang kuat dan tabah.

“Kak Gee idola saya dan tetap memberikan yang terbaik buat peminatmu,” kata Siti.

Ziana dalam pada itu turut melahirkan rasa terharu dan gembira di atas ucapan dan doa yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih atas ucapan dan doa. Saya sayang setiap seorang daripada kami semua,” kata Ziana.

Menerusi hantaran berbeza, Ziana turut menitipkan ucapan balas dan nasihat kepada anak buahnya, Ernie Zakri dan menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang penghibur yang sangat berbakat.

“Terharu sangat mak long (pangkat antara Ziana dengan Ernie). Apa pun mak long yakin Ernie pun akan terus kekal dalam industri ini sama macam mak long atau lebih lagi.

“Teruskan berkarya dan memberi inspirasi kepada peminat-peminat diluar sana. Ernie sangat berbakat dan mak long bangga dengan Ernie,” ucap Ziana.

Terdahulu, Ziana memulakan kerjayanya sebagai pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebelum bergelar penyanyi pada tahun 1990 menerusi album pertamanya, Madah Berhelah.

Bahkan namanya turut tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai penyanyi wanita pertama memenangi pertandingan nyanyian pada peringkat antarabangsa, Voice of Asia di Kazakhstan pada 1995. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI