fbpx

Sekolah memandu rayu dibenarkan beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Sekolah-sekolah memandu merayu kepada kerajaan agar dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Pengerusi Persatuan Sekolah-Sekolah Memandu Bumiputera Kuala Lumpur dan Selangor, Harun Shafiee berkata, pihaknya menghadapi kerugian RM4.2 juta sejak tahun lalu.

“Perbelanjaan bulanan kami lebih kurang RM480,000 sebulan. Apabila (diarah) tutup, kami langsung tidak mempunyai sebarang pendapatan.

“Sekiranya perkara ini berterusan, kami terpaksa berhentikan atau memberi cuti tanpa gaji kepada mereka,” katanya dalam satu video yang dimuatnaik di laman Youtube Unit Latihan Imkeda semalam.

Dia yang juga Pengerusi Institut Memandu Kenderaan Darat (Imkeda) berkata, sekolah memandu mematuhi prosedur operasi standad (SOP) yang ditetapkan.

Ujarnya, sebanyak 230 cawangan Imkeda menanggung kira-kira 20,000 pekerja, selain terpaksa menanggung hutang kepada pihak bank. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI