fbpx

Elkie Chong bukan lagi CLC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELKIE CHONG

TIDAK sampai lima tahun, penyanyi Elkie Chong disahkan meninggalkan kumpulan CLC dan agensinya seperti dilaporkan Kstarlive.

Agensi Cube Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pengunduran Elkie berlaku disebabkan kontrak eksklusif penyanyi itu sudah tamat tempoh.

“Kami ingin memaklumkan bahawa kontrak eksklusif bersama penyanyi Elkie sudah ditamatkan. Berikutan itu, dia bukan lagi sebahagian daripada kumpulan CLC selepas ini,” katanya.

Tambah agensi berkenaan, keputusan tersebut dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

“Kami sangat berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan peminat kepada Elkie selama ini. Kami juga mohon peminat terus memberi sokongan untuk kariernya pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Elkie menyertai CLC pada 2016 selepas kumpulan itu membuat kemunculan perdana pada Mac 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI