fbpx

24 kematian, 3,100 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,100 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 245,552 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, satu kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,099 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 51,977 kes.

“Sebanyak 24 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 896 kes.

“Terdapat 2,340 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 192,679 kes,” katanya pada ciapan Twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 282 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 134 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI