fbpx

Sorok mercun bernilai RM56,000 dalam premis pengedar minyak pelincir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditahan bersama 65 kotak mercun bernilai RM56,000 dalam kejadian di Taman Perindustrian Empayar, Gelang Patah, Johor petang semalam.

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 65 kotak mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM56,000 di sebuah premis pengedar minyak pelincir di Taman Perindustrian Empayar, Gelang Patah, dekat sini, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki berusia 28 tahun dipercayai pekerja premis itu ditahan ketika rampasan dibuat pada pukul 6.45 petang.

“Mercun sebanyak 65 kotak itu ditemui dalam premis syarikat pengedar minyak pelincir yang sah dan suspek adalah pekerja premis tersebut.

“Rampasan kesemua mercun itu dianggarkan bernilai lebih RM56,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dimin berkata, suspek dan barang rampasan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

“Orang ramai diseru supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI