fbpx

[VIDEO] Tempoh reman ibu kandung, bapa tiri disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri ketika direman baru-baru ini bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun akibat di dera, di Taman Krubong Jaya ketika dibawa di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh. Foto: RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Tempoh reman ibu kandung dan bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki yang ditemui maut dipercayai akibat didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya dekat sini, Jumaat lalu disambung tujuh hari lagi bermula esok.

Perintah reman sehingga 12 Februari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd. Anuar Ostadi di sini, hari ini.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 32 serta 38 tahun itu dibawa ke mahkamah pada pukul 9.15 pagi tadi.

Sebelum ini, pasangan suami isteri itu ditahan polis kira-kira pukul 4 petang di kediaman mereka di Taman Krubong Jaya, pada 29 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, tangkapan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa suspek telah meninggal dunia akibat lemas di dalam tong di dalam bilik air di kediaman tersebut.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pada tubuh fizikal mangsa menemui kesan lebam serta kecederaan dipercayai akibat didera.

Susulan itu pasangan tersebut ditahan bagi membantu siasatan mengikut siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, kisah kanak-kanak malang itu pernah tular pada Oktober lalu apabila ibu angkat yang menjaganya sejak berusia dua bulan terpaksa menyerahkan semula mangsa kepada ibu kandungnya.

Kisah itu dikongsikan menerusi satu klip video di Facebook yang menunjukkan keluarga angkatnya menangis teresak-esak ketika mendakap kanak-kanak yang mesra dengan panggilan ‘Adik’ itu buat kali terakhir sebelum diserahkan kepada ibunya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI