fbpx
SWEET QISMINA

Lepas kecam sekolah, Sweet Qismina persoalkan PM pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon Sweet Qismina secara terbuka mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan kerja ke Indonesia.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik dalam Twitter miliknya, Sweet atau nama sebenarya Farhana Qismina Supandi, 24, menyatakan tindakan Perdana Menteri  yang terbang ke Indonedia hari ini sebagai satu yang tidak wajar ketika rakyat dilarang melakukan pergerakan rentas daerah semasa pelaksanaan Perintah Pergerakan (PKP).

Tangkap layar ciapan Sweet Qismina menerusi Twitter.

Menurut Sweet, abangnya merupakan seorang daripada rakyat Malaysia yang terkesan dengan larangan tersebut. Sejak tahun lalu abangnya tidak dapat bertemu isteri yang merupakan seorang warga Indonesia.

“Abang saya lama tidak jumpa isteri dia di Indonesia sejak tahun lepas.

“Dia baru kahwin. Tetapi Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu saja. Patut minta beliau bawa abang saya bersama. Mana adil begini,” ciapnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakannya memuat naik status sedemikian yang disifatkan sebagai tidak matang.

“Abang kau ada urusan dengan Pak Jokowi (Joko Widodo) ke? Inilah masalah kalau budak baru boleh mengundi.

“Urusan kerajaan berbeza dengan urusan peribadi. Harap saudari fahamkan dahulu sebelum memuat naik status,” tulis netizen.

Terdahulu, Sweet yang popular menerusi drama Bidadari Salju pernah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem pengambilan dan pemulangan buku teks di sebuah sekolah sehingga menyinggung perasaan golongan pendidik. Tidak lama kemudian, pelakon Bidadari Salju membuat kenyataan memohon maaf kepada semua guru di Malaysia berikutan tindakannya. – K! ONLINE

POPULAR