fbpx

Polis terima laporan kakitangan UPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat seorang kakitangan wanita Universiti Putra Malaysia (UPM) selepas video kelakuannya tular bertengkar di jalan raya berhampiran Hospital Serdang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, wanita berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan.

“Sehingga hari ini, wanita itu belum hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi membolehkan percakapan dirakam berikutan kejadian tersebut” katanya kepada Kosmo!.

Wan Kamarul berkata,  bagaimanapun, lelaki yang dikaitkan dengan kejadian dengan wanita itu telah hadir dan percakapannya telah dirakam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen14 Akta Kesalahan Kecil. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI