fbpx
PROGRAM TTMM2 mendapat respons pelbagai, namun apa yang menyedihkan apabila komen-komen netizen seperti hilang akal tanpa sedar bahawa rata-rata peserta itu masih muda dan agak mentah.

Mereka masih budak, kenapa kecam bagai nak gila?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBELUM ini, apabila senarai peserta peserta program Talk To My Manager musim kedua diumumkan, ramai menyatakan enggan menyokong tetapi lain pula jadi sekarang, viral!

Diva rasa, jumlah rating musim kali ini agak tinggi berbanding musim pertama, ditambah pula dengan barisan peserta yang boleh tahan hebat.

Namun, satu hal yang Diva kurang berkenan ialah komen netizen terhadap peserta, kasar betul.

Memang ada peserta yang nyanyiannya agak mengecewakan tetapi berpada-padalah beri komen dalam media sosial, janganlah sampai menghina.

Lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih bawah umur, kasihan kalau baca kecaman dalam media sosial. Tenang ya semua, ini hanya pertandingan, tak perlu kecam lebih-lebih pun.

DIVA: Kasihan Radin, baru bergelar suami tapi netizen sibuk ungkit kisah lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN